Semua peristiwa punya ketika.
Ada ketikanya kau mahu teguk air nyok muda. Pantas kau capai parang dan pancung.
Dan dengan perlahan kau tuang masuk dalam cawan plastik langsing warna kuning cerah. Tak penuh. Kau tambah beberapa ketul ais dan sesudu air gula, biar sejuk dan manis sedikit.
Eh, belum cukup perfect !.
Kau maju ke dapur semula mencari secubit garam. Nah ! Tabur sikit dalam cawan, baru umphh !
Ini resepi maksu yang ceritakan pada dia dulu. Rasanya memang sedap sungguh.
Kau capai straw merah-sua dibibir cawan.
Sambil kacau sambil jalan, mahunya minum didepan, dipangkin depan rumah.
Dan....
Pangg !!!
Pecah.
Cawan kuning terlepas dari tangan kiri. Licin kah tangan kau? Pantas kau gosok-gosok kedua belah tangan. Kesat.
Bontot cawan plastik tadi dah pecah. Air nyok muda dah merembes jatuh dihisap tanah kotor.
Dan kau akan rasa seperti , "Eh, mak aku ada kat rumah? Adik aku kt mana sekarang? Semua sihat-sihat sahaja kan?"
Ahh ! Pengaruh drama.
Asal luka jari, mesti suami di ofis jatuh tangga.
Asal pecah gelas, mesti anak diculik maid indon.
Asal tersedak kuaci, mesti ada orang cakap-kutuk kau.
Kau percaya ?
No comments:
Post a Comment