join them
mabuk
Kau percaya ?
Semua peristiwa punya ketika.
Ada ketikanya kau mahu teguk air nyok muda. Pantas kau capai parang dan pancung.
Dan dengan perlahan kau tuang masuk dalam cawan plastik langsing warna kuning cerah. Tak penuh. Kau tambah beberapa ketul ais dan sesudu air gula, biar sejuk dan manis sedikit.
Eh, belum cukup perfect !.
Kau maju ke dapur semula mencari secubit garam. Nah ! Tabur sikit dalam cawan, baru umphh !
Ini resepi maksu yang ceritakan pada dia dulu. Rasanya memang sedap sungguh.
Kau capai straw merah-sua dibibir cawan.
Sambil kacau sambil jalan, mahunya minum didepan, dipangkin depan rumah.
Dan....
Pangg !!!
Pecah.
Cawan kuning terlepas dari tangan kiri. Licin kah tangan kau? Pantas kau gosok-gosok kedua belah tangan. Kesat.
Bontot cawan plastik tadi dah pecah. Air nyok muda dah merembes jatuh dihisap tanah kotor.
Dan kau akan rasa seperti , "Eh, mak aku ada kat rumah? Adik aku kt mana sekarang? Semua sihat-sihat sahaja kan?"
Ahh ! Pengaruh drama.
Asal luka jari, mesti suami di ofis jatuh tangga.
Asal pecah gelas, mesti anak diculik maid indon.
Asal tersedak kuaci, mesti ada orang cakap-kutuk kau.
Kau percaya ?
Lupa
Ada ketikanya.....
Ada masanya.....
...dia dah jumpa jalan yang boleh bawa dia ke realiti hidup. Tapi peliknya dia tersungkur juga di fantasi cerita mimpi.
Hidup dia lagaknya macam layang-layang. Serah terus tugas pada si angin untuk kawal mahu terbang arah yang mana, ya . sayap kertas patuh pada si angin. Dia lupa, dia masih punya tali yang boleh stabilkan dia semula.
Dia lupa.
Dia lupa.
Dia lupa DIA.
Khizanat
Tahun baru 2014
Sedang aku duduk-duduk di bahu jalan
ditemani kakak dan anak2 buahku sambil menunggu abang aku datang menjemput,
kami disapa dua orang polis berpakaian lengkap serba hitam.
"Hah kak, ada apa je tadi?"
"Ada forum kumpulan hijjaz datang. Countdown lepas tu laung azan. Then berzikir ramai-ramai"
"Patutlah pukul 10 ramai dah lari balik, ada forum rupanya. Cuba ada dayang nurfaizah ke siti nur haliza ke datang buat konsert, sampai pkol 2, 3 pagi pun sanggup tunggu nak bergambar. Saya tak faham la perangai anak-anak melayu sekarang ni. Benda baik pun tak suka".
keluh abang-abang polis tersebut.
"Ada baiknya jugak buat program macamni, taklah teruk sangat kerja kami"
Kata mereka lagi.
Aku tersenyum. Sejurus selepas itu kelihatan satria kelabu milik abang aku berhenti di bahu jalan.
Aku pulang dan kotak fikiran aku tak henti fikirkan perangai kaum sebangsa aku.
ALLAH.