Setiap relai papan kayu yang pernah aku pasak rapat dulu aku tenung kembali.
Tenung sampai juling.
Seminit.
Dua minit.
Tiga minit.
Dan,
bhahahahahahhaa !
nah aku gelak kuat.
Hey mabuk !
dah tahu kayu itu mereput sifatnya,
kenapa juga engkau harap sampai kiamat baktinya ?
Hey mabuk !
kenapa perlu kau peduli katanya orang,
anai-anai tak pernah pandai bilang hari bila mahu isytiharkan perang.
Hey kau tu mabuk !
"semua orang belajar,
semua orang membesar,
tetapi tidak semua orang menjadi dewasa.
selagi hidup bersama masa,
maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.HLOVATE =)